6 Ogos 2015

Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Fizik, UiTM

Salam buat semua

Alhamdulillah dah habis 1st year degree in physics kat UiTM Arau,Perlis. Actually programme ni ada lagi kat beberapa kampus lain contohnya kat shah alam dengan jengka kot kalau x silap. And basically, aku nak cerita yang kat kampus aku ja la eh. So, guys yang berminat dengan programme ni tak pun dah dapat tawaran then nak buat research sikit2 untuk buat preparation dialu-alukan baca. Hopefully boleh la membantu uols

                Firstly nama programme ni adalah Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Fizik, code AS203.

Fakulti
Programme ni under Fakulti Sains Gunaan x pon Applied Science bahasa inggeris nya lah. Kalau kat UiTM Arau ni, x da bangunan specific untuk mana2 fakulti, so kelas akan berterabur di merata-rata. Tapi don’t worry, x sesat punya insya allah sebab almost kelas untuk degree kat star com/blok F, habis2 pon kat blok A Al-farabi. Tapi yang pastinya lab physics tingkat 3 ye. Sila berchenta untuk ‘ghabat’ tangga.

Jangka masa pengajian
                Insya allah kalau x da apa2 aral, x pon paper yang sangkut, semua smooth ikut study plan, course ni akan habis selama 3 tahun (6 semester).  So tungging tebalik macam mana pon, cubalah sedaya upaya untuk habiskan pengajian dalam masa 3 tahun tu. Boleh la graduate sama2 dengan budak batch. (Hopefully aku pon x kena extend la)

Course plan


Sebenarnya ada sedikit perubahan pada course pelan tu and perubahan tu valid untuk uitm arau sahaja (if I not mistaken). Code yang bertukar adalah seperti berikut

Part 3:  PHY 520 -> ECO 415
             PHY 535 -> MGT 400
            Part 4:  PHY 501 -> FIN 401
                         PHY 545 -> PHY 504

Yang dimaklumankan ni adalah setakat yang aku tau la. Latest info yang aku dapat dari coordinator kursus pada Mac tahun 2015.


Selama 2 sem aku blajar course ni, aku just nak share something aku rasa important. Bagi aku korang usaha la macam mana skali pon untuk x repeat paper. Kalau teringin sangat nak rasa pengalaman repeat paper pon, cari paper yang x bersangkut dengan subject lain. 

For example subjek yang bersangkut paut ialah subjek math la. Students x dibenarkan dan x digalakkan untuk ambik paper calculus3 and ODE selagi calculus2 x lulus. So pulun betul2 calculus2 sampai lulus supaya x timbul masalah berkaitan creadit hour, nak susun jadual sendiri dan etc. Calculus and ODE, dua-dua subjek math ni la yang slalu menjejaskan student physics. SERIUS. Bukan nak takutkan uols tapi pesanan supaya bersiap sedia je.  

Another paper yang bersangkut paut contohnya electrics and magnetism, yang ada EM 1 & 2. Tapi in case korang fail jugak paper apa2. It’s okay guys! mesti ada hikmahnya tu okay. Degree life  bukan mcm skolah okay yang kejar A semata tapi masa nak blajar, nak faham konsep betul2. (acewah gebang lebih..)

Halatuju
             Yang ni mmg aku sendiri tatau sangat. Tapi basically yg bercita-cita nak jadi engineer tu tapi x dpt tawaran. Jangan risau, anda x la tersasar jauh dari landasan. Uols boleh sambung master in engineering  nnt. Dan byk je industry yang nak kan physicsist (aipppp bukan physician ye!), insyallah peluang kerjaya tu ada ja. Depend rezeki la yang tu. Other than that, boleh ja jadi meteorologist ke, cikgu physics ke,  lecturer in physics (ni komfem kena sambung master/phd la) , n mcm2 lagi laaa.

Nota
                Uols x payah nak drama Melayu sgt ok. Bertukar-tukar nota dengan boyapren gilipren sgt la ye. Nota nnt lecterur akan bagi hardcopy terus, x pon masuk pendrive bagi kat class rep je. Hat lagi senang download kat i-learn. Please guys, 2015 dah skrg , dunia dah lama di hujung jari ! Btw setakat ni x da la lecturer aku yang x bagi slide note. Korang aku tatau.

Buku
                Depend on lecturer. Ada pakai giancolli, serway n soooo on lagi. For me, 2-2 sem ni I prefer physics for scientist and engineer by Serway. Bab ni uols x payah kalut ok. Chill ja, nnt dalam kelas akan diberitahu. Dah sengkek sgt google ja, download pdf punya. Setel.

PHYSO
Ok secara automatiknya uols akan join persatuan yang bebudak fizik ja yang join. Nama persatuan ni PHYSO short form kepada Physics Society. Persatuan ni pon sebenarnya baru ditubuhkan di UiTM Arau ni pada tahun 2015. Macam2 jugak la aktiviti persatuan ni, so masa ni lah nak kenal2 senior. *senyum simpul*. Ok dah stop, x yah nak lelebih, nak tau join la eh ;P

Ermmmm apa lagi nak crita….. Idea dah kering. Ok sambung nanti la. Apa2 guys nak tanya or berminat dengan kos fizik ni boleh la pm fb Najihah Husin. Btw kalau komen kat sini tatau zaman bila aku akan reply *ghenyih,garu kepala* Insya allah aku akan bantu setakat yang aku tau. Hopefully uols berhemah la ye. Tq !

Xoxo dari diva. Muahhaha


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

banyak kena buat lab report tak?

Tanpa Nama berkata...

Assalam berapa ye pointer matrik/asasi utk ambilan pelajar degree major fizik? Kawab kawan akak paling rendah pointer diorng dapat berapa ye masa matrik/asasi?

Tanpa Nama berkata...

Salam.Saya nak tanya course fizik memang dekat arau je ke? Ada tak kawan kawan dapat course fizik dekat tempat lain?