20 September 2016

Industrial Training Degree in Physics Uitm Arau

Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah I get through all the hell and high water sepanjang 2 tahun belajar dalam bidang ini. Insya allah this will be my final year. Acewah poyo sangat! baru awal sem part 5, final year project pon tak ada tajuk lagi *menangis*. Seperti post yang sebelum ni yang menceritakan tentang introduction about degree in physics iaitu kos yang aku tengah belajar sekarang. Kali ni aku nak share pasal industrial training yang aku lalui baru2 ni.

Almost student akan melalui fasa2 industrial training atau Bahasa mudahnya praktikal yang duration praktikal depend kepada bidang masing2, ada yang 2,3 bulan ada jugak smpai 6 bulan.  Untuk student degree in physics uitm arau, latihan industri (LI) hanya selama 2 bulan, “HANYA” ooookkaaayyyy *mohon faham sarcasm saya*

Alhamdulillah, selepas struggle hantar resume sana sini dari awal2 sem part 4 lagi, aku ditawarkan LI di Jabatan Meteorologi Butterworth. Jujur aku cakap aku bersyukur sangat3 sebab Allah makbulkan doa aku. Memang aku nak sangat2 LI di meteorologi. Before that, kenapa buat LI masa part 4? sedangkan dalam course outline part 5. Actually, LI akan dibuat masa cuti sem before masuknya part5, so lepas habisnya final part 4, NO MORE SEMESTER BREAK, terus start LI. So masa part 5 nanti just register je subjek FSG604 dan masuk kelas macam biasa (Kiranya buat in advance la)

Firstly, apa yang aku nk cakap, cari tempat LI yang dekat dengan rumah dan ada elaun. I thinks, I don’t need to tell to all of u about this. of kos la dah set dah dalam otak masing2 kan. Tapi in case la korang ni jenis yang suka tebiang cari masalah, kononnya nk cari pengalaman macam aku *sob sob* GO ON seriously. Bila lagi nak keluar dari comfort zone masing2. It’s time to us as teenager learn especially about life survival. Tak kan nak batak je,

LI di jabatan kerajaan selalunya TAK ADA ELAUN. So memang totally depend form ur on fund. Btw bagusnya korang masa ni, boleh buat keja amal. Hehe. Tapi alhamdulillah LI kat meteorology Butterworth memang great experience even beratus habis duit bayar sewa rumah, makan minum, minyak kereta but it’s okay, worth pengorbanan tu semua.  Staf pon baik2. Sumpah baik tak tipu. LI kat sini overall seronok. Sebab memang kita betul2 get expose to the real working experience yang berkaitan dengan apa yang kita belajar. Nak2 almost staffs semua dari background physics and math, bila kau sembang dengan diorang memang akan dapat belajar benda baru dari taiko2 ni.

Apa yang aku buat kat sana?
Banyak masa melenggak ja sebenarnya (standard dak2 praktikal la). Ada jugak tolong2 update fail untuk audit. Tapi ada ja time staff bawak p tengok equipment ke ajar apa2 benda baru untuk kita ni and quite interesting bagi aku semua tu, maybe sebab aku minat. Ofis Meteorology Butterworth ni dekat dengan runway, so diorang pon sebenarnya banyak provide information untuk penerbangan instead of giving public weather yang kita dok tengok kat tv tu. Kalau beminat boleh la baca kat page Met Malaysia detail yang lain2.

Basically, Meteorology Butterworth operating at 24/7. So keja kat sini memang ada shift and praktikal student macam aku pon merasa jugak life keja shift. Bila namanya praktikal student, tak da la horror pon kalau masuk keja shift and kejap ja, selebihnya akan masuk opis hour mcm biasa. Kat sini juga akan ada assistant forecaster yang buat observation current weather and forecaster yg akan forecast weather. Actually banyak lagi tugas2 meteorologist ni, just crita secubit je la okeh.

Why meteorology need physicist and mathematician?
Sebab almost keja kat sini mengadap number and code. Code untuk weather, clouds yada2… then conversion2 unit semua kena terer senang cita. kejap dia pakai unit feet kejap dia pakai meter, ada dia pakai time UTC ada yang pakai time malaysia n so on. Tapi zaman dah maju no worries la kan. Just back to basic yang penting. Kat sini akan ada certain2 theory yang akan apply, insya allah tak membazir ilmu yang blajar masa degree. Thermal, pressure, altitude, typhoon, light scattering yaaddaaa2… *I don’t hv intention to talk further about this*. Next, byk jugak sebab2 lain, nak list pon tatau.. hehe

How to apply?
Boleh ja seach Met Malaysia web page. Isi online then nanti lepas sebulan call balik no pegawai yang ada kat page tu. Ini apa yang aku buat untuk confirmation sama ada dia dah terima permohonan kita atau tak. *tips ni buat untuk semua permohonan. Tanya sama ada dia terima ke tolak ke apa2 ke. So x da la menanti buah tak gugur2.

  • Pliss note that resume or any document yang attach dalam email kepada company yang kita nak apply tu dalam format pdf. PAHAM KE IDOK DIK NON OIIII… simple but give an impact tau.
  • Attach jugak latest course outline korang supaya company tahu apa yang korang belajar. So diorang pon senang nak determine task untuk uols.
  • Lastly, x banyak company yang nak terima practical student kos physics (based on pengalaman. Next2 tatau mcm mana, maybe aku just apply area2 utara and tak banyak peluang) so apa yang aku boleh suggest, call dulu company tu sama ada terima tak student physics. Then kalau terima baru proceed untuk surat. Tak la membazir tenaga kertas dan wang ringgit nak print, pos surat segala.


End of industrial training
  • Log book yang update catatan harian tu mau complete. So update je hari2, kalau malas sangat satu minggu sekali harung. Even tak nak tulis lagi pon, catat apa yang dibuat hari2. Tak da la nanti terkejar2, tak pon dah tak ingat benda apa yang dibuat.
  • Full report pon kena jugak hantar. Depend kepada company ataupun supervisor, ada yang nak ada yang tanak. Tapi nak tak nak kena buat jugak untuk submit kepada fakulti.

Semua benda ni korang buat je awal2 mana2 yang boleh buat awal. So tak da la kalut last2 minit.

Okay maybe setakat itu je kot yang nak dikongsikan. Tahniah anda mampu baca aku beletiaq panjang2 kat sini. Btw, mohon doakan saya untuk FYP dan boleh grad on time. Terima kasih, love u readers!


"Industrial Training Degree in Physics Uitm Arau"
"latihan industri fizik"
"praktikal student physics"