2 Julai 2019

Officially Graduated (2 years ago πŸ˜‚) 2019 post!

Assalamualaikum, salam sejahtera, ni hao, vanakem!

After longggg time I didn't write and bebel di blog ni. I'm finally back guys!!

Yes 1st and foremost, of course I know nobody will read my writing pon πŸ˜†πŸ˜‚ tapi saja sesuka nak writing, just maybe I want to share sedikit sebanyak pengalaman hidup, ilmu tak seberapa ni, at least ada la juga untuk dibuat saham akhirat.

Andddd most yang dm kat my facebook akan tanya about my post regarding physics course. I sumpah really glad boleh share some experience during my degree with all of you, but sorry that I could't help that much as myself pon already leaving my study almost 2 year. Then my information pon dah outdated. Some of your question, I memang tak dapat nak jawab. Maybe, boleh give you a rough idea how the course, physics students life je la kot.. Ok tu je nk bagi tahu πŸ˜…

Btw dah title pon cerita pasal graduate. So here my graduation pose! (aku riak + bangga kot sebab berjaya jugak habiskan degree pizik, fuhh acahh sangat)


Apa² pon I wish you, all the best, selamat berjuangπŸ’ͺ

2 Ogos 2017

Kerjaya Lulusan Ijazah Sarjana Muda Fizik

Salam

Alhamdulillah setelah sekian lama tidak menulis di sini, i'm back.

Dan banyak juga yang bertanya kepada saya tentang kalau study course fizik nanti nak kerja apa? So saya terpanggil nak share info yg one of my classmate get from our senior.

Basically, lulusan fizik boleh mohon untuk jawatan sebagai pegawai sains dan pegawai meteorologi.

Jujur saya katakan dan setakat knowledge yang saya tahu, kalau nak bekerja betul2 dalam bidang fizik agak limited bagi sektor kerajaan. Namun begitu, rezeki insya allah ada dimana-mana dan tidak semestinya bergantung harap kepada jawatan tersebut sahaja. Saudara saudari sekali juga boleh mohon kerja dalam bidang pentadbiran disebabkan faktor lulusan fizik especially fizik di Uitm Arau ialah lebih kepada fizik dan pengurusan.

Selain itu juga, gaiss boleh refer gambar dibawah untuk tahu lebih lanjut.

Gambar saya ambil dari Saudara Ihsan yang telah dikongsi di Fb. Sumber asal tak confirm, so boleh buat as guideline.

So that's all from me. Any recommendation or correction, plis do email me k to najihah377@gmail.com

15 November 2016

sory 4 the late reply

Salam semua

Actually saya tak sedar pon ada a few people yang give me a message sama ada di facebook ataupun directly comment to my blog and asking me about post saya sebelum ni. I am realy reaalllyyy sorry okay, just bcos i use different email for different purpose and there is no notification yang naik. saya tak alert (malas nk explain detail) hehe.. Next, for those yang pm di fb, i also doesn't have messenger.. so even notification naik, saya tak peduli.. sooo sory okeh..

To make better improvement and make sure we able to keep in touch, just do contact me via this email. Tq guys

najihah377@gmail.com

20 September 2016

Industrial Training Degree in Physics Uitm Arau

Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah I get through all the hell and high water sepanjang 2 tahun belajar dalam bidang ini. Insya allah this will be my final year. Acewah poyo sangat! baru awal sem part 5, final year project pon tak ada tajuk lagi *menangis*. Seperti post yang sebelum ni yang menceritakan tentang introduction about degree in physics iaitu kos yang aku tengah belajar sekarang. Kali ni aku nak share pasal industrial training yang aku lalui baru2 ni.

Almost student akan melalui fasa2 industrial training atau Bahasa mudahnya praktikal yang duration praktikal depend kepada bidang masing2, ada yang 2,3 bulan ada jugak smpai 6 bulan.  Untuk student degree in physics uitm arau, latihan industri (LI) hanya selama 2 bulan, “HANYA” ooookkaaayyyy *mohon faham sarcasm saya*

Alhamdulillah, selepas struggle hantar resume sana sini dari awal2 sem part 4 lagi, aku ditawarkan LI di Jabatan Meteorologi Butterworth. Jujur aku cakap aku bersyukur sangat3 sebab Allah makbulkan doa aku. Memang aku nak sangat2 LI di meteorologi. Before that, kenapa buat LI masa part 4? sedangkan dalam course outline part 5. Actually, LI akan dibuat masa cuti sem before masuknya part5, so lepas habisnya final part 4, NO MORE SEMESTER BREAK, terus start LI. So masa part 5 nanti just register je subjek FSG604 dan masuk kelas macam biasa (Kiranya buat in advance la)

Firstly, apa yang aku nk cakap, cari tempat LI yang dekat dengan rumah dan ada elaun. I thinks, I don’t need to tell to all of u about this. of kos la dah set dah dalam otak masing2 kan. Tapi in case la korang ni jenis yang suka tebiang cari masalah, kononnya nk cari pengalaman macam aku *sob sob* GO ON seriously. Bila lagi nak keluar dari comfort zone masing2. It’s time to us as teenager learn especially about life survival. Tak kan nak batak je,

LI di jabatan kerajaan selalunya TAK ADA ELAUN. So memang totally depend form ur on fund. Btw bagusnya korang masa ni, boleh buat keja amal. Hehe. Tapi alhamdulillah LI kat meteorology Butterworth memang great experience even beratus habis duit bayar sewa rumah, makan minum, minyak kereta but it’s okay, worth pengorbanan tu semua.  Staf pon baik2. Sumpah baik tak tipu. LI kat sini overall seronok. Sebab memang kita betul2 get expose to the real working experience yang berkaitan dengan apa yang kita belajar. Nak2 almost staffs semua dari background physics and math, bila kau sembang dengan diorang memang akan dapat belajar benda baru dari taiko2 ni.

Apa yang aku buat kat sana?
Banyak masa melenggak ja sebenarnya (standard dak2 praktikal la). Ada jugak tolong2 update fail untuk audit. Tapi ada ja time staff bawak p tengok equipment ke ajar apa2 benda baru untuk kita ni and quite interesting bagi aku semua tu, maybe sebab aku minat. Ofis Meteorology Butterworth ni dekat dengan runway, so diorang pon sebenarnya banyak provide information untuk penerbangan instead of giving public weather yang kita dok tengok kat tv tu. Kalau beminat boleh la baca kat page Met Malaysia detail yang lain2.

Basically, Meteorology Butterworth operating at 24/7. So keja kat sini memang ada shift and praktikal student macam aku pon merasa jugak life keja shift. Bila namanya praktikal student, tak da la horror pon kalau masuk keja shift and kejap ja, selebihnya akan masuk opis hour mcm biasa. Kat sini juga akan ada assistant forecaster yang buat observation current weather and forecaster yg akan forecast weather. Actually banyak lagi tugas2 meteorologist ni, just crita secubit je la okeh.

Why meteorology need physicist and mathematician?
Sebab almost keja kat sini mengadap number and code. Code untuk weather, clouds yada2… then conversion2 unit semua kena terer senang cita. kejap dia pakai unit feet kejap dia pakai meter, ada dia pakai time UTC ada yang pakai time malaysia n so on. Tapi zaman dah maju no worries la kan. Just back to basic yang penting. Kat sini akan ada certain2 theory yang akan apply, insya allah tak membazir ilmu yang blajar masa degree. Thermal, pressure, altitude, typhoon, light scattering yaaddaaa2… *I don’t hv intention to talk further about this*. Next, byk jugak sebab2 lain, nak list pon tatau.. hehe

How to apply?
Boleh ja seach Met Malaysia web page. Isi online then nanti lepas sebulan call balik no pegawai yang ada kat page tu. Ini apa yang aku buat untuk confirmation sama ada dia dah terima permohonan kita atau tak. *tips ni buat untuk semua permohonan. Tanya sama ada dia terima ke tolak ke apa2 ke. So x da la menanti buah tak gugur2.

  • Pliss note that resume or any document yang attach dalam email kepada company yang kita nak apply tu dalam format pdf. PAHAM KE IDOK DIK NON OIIII… simple but give an impact tau.
  • Attach jugak latest course outline korang supaya company tahu apa yang korang belajar. So diorang pon senang nak determine task untuk uols.
  • Lastly, x banyak company yang nak terima practical student kos physics (based on pengalaman. Next2 tatau mcm mana, maybe aku just apply area2 utara and tak banyak peluang) so apa yang aku boleh suggest, call dulu company tu sama ada terima tak student physics. Then kalau terima baru proceed untuk surat. Tak la membazir tenaga kertas dan wang ringgit nak print, pos surat segala.


End of industrial training
  • Log book yang update catatan harian tu mau complete. So update je hari2, kalau malas sangat satu minggu sekali harung. Even tak nak tulis lagi pon, catat apa yang dibuat hari2. Tak da la nanti terkejar2, tak pon dah tak ingat benda apa yang dibuat.
  • Full report pon kena jugak hantar. Depend kepada company ataupun supervisor, ada yang nak ada yang tanak. Tapi nak tak nak kena buat jugak untuk submit kepada fakulti.

Semua benda ni korang buat je awal2 mana2 yang boleh buat awal. So tak da la kalut last2 minit.

Okay maybe setakat itu je kot yang nak dikongsikan. Tahniah anda mampu baca aku beletiaq panjang2 kat sini. Btw, mohon doakan saya untuk FYP dan boleh grad on time. Terima kasih, love u readers!


"Industrial Training Degree in Physics Uitm Arau"
"latihan industri fizik"
"praktikal student physics"


6 Ogos 2015

Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Fizik, UiTM

Salam buat semua

Alhamdulillah dah habis 1st year degree in physics kat UiTM Arau,Perlis. Actually programme ni ada lagi kat beberapa kampus lain contohnya kat shah alam dengan jengka kot kalau x silap. And basically, aku nak cerita yang kat kampus aku ja la eh. So, guys yang berminat dengan programme ni tak pun dah dapat tawaran then nak buat research sikit2 untuk buat preparation dialu-alukan baca. Hopefully boleh la membantu uols

                Firstly nama programme ni adalah Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Fizik, code AS203.

Fakulti
Programme ni under Fakulti Sains Gunaan x pon Applied Science bahasa inggeris nya lah. Kalau kat UiTM Arau ni, x da bangunan specific untuk mana2 fakulti, so kelas akan berterabur di merata-rata. Tapi don’t worry, x sesat punya insya allah sebab almost kelas untuk degree kat star com/blok F, habis2 pon kat blok A Al-farabi. Tapi yang pastinya lab physics tingkat 3 ye. Sila berchenta untuk ‘ghabat’ tangga.

Jangka masa pengajian
                Insya allah kalau x da apa2 aral, x pon paper yang sangkut, semua smooth ikut study plan, course ni akan habis selama 3 tahun (6 semester).  So tungging tebalik macam mana pon, cubalah sedaya upaya untuk habiskan pengajian dalam masa 3 tahun tu. Boleh la graduate sama2 dengan budak batch. (Hopefully aku pon x kena extend la)

Course plan


Sebenarnya ada sedikit perubahan pada course pelan tu and perubahan tu valid untuk uitm arau sahaja (if I not mistaken). Code yang bertukar adalah seperti berikut

Part 3:  PHY 520 -> ECO 415
             PHY 535 -> MGT 400
            Part 4:  PHY 501 -> FIN 401
                         PHY 545 -> PHY 504

Yang dimaklumankan ni adalah setakat yang aku tau la. Latest info yang aku dapat dari coordinator kursus pada Mac tahun 2015.


Selama 2 sem aku blajar course ni, aku just nak share something aku rasa important. Bagi aku korang usaha la macam mana skali pon untuk x repeat paper. Kalau teringin sangat nak rasa pengalaman repeat paper pon, cari paper yang x bersangkut dengan subject lain. 

For example subjek yang bersangkut paut ialah subjek math la. Students x dibenarkan dan x digalakkan untuk ambik paper calculus3 and ODE selagi calculus2 x lulus. So pulun betul2 calculus2 sampai lulus supaya x timbul masalah berkaitan creadit hour, nak susun jadual sendiri dan etc. Calculus and ODE, dua-dua subjek math ni la yang slalu menjejaskan student physics. SERIUS. Bukan nak takutkan uols tapi pesanan supaya bersiap sedia je.  

Another paper yang bersangkut paut contohnya electrics and magnetism, yang ada EM 1 & 2. Tapi in case korang fail jugak paper apa2. It’s okay guys! mesti ada hikmahnya tu okay. Degree life  bukan mcm skolah okay yang kejar A semata tapi masa nak blajar, nak faham konsep betul2. (acewah gebang lebih..)

Halatuju
             Yang ni mmg aku sendiri tatau sangat. Tapi basically yg bercita-cita nak jadi engineer tu tapi x dpt tawaran. Jangan risau, anda x la tersasar jauh dari landasan. Uols boleh sambung master in engineering  nnt. Dan byk je industry yang nak kan physicsist (aipppp bukan physician ye!), insyallah peluang kerjaya tu ada ja. Depend rezeki la yang tu. Other than that, boleh ja jadi meteorologist ke, cikgu physics ke,  lecturer in physics (ni komfem kena sambung master/phd la) , n mcm2 lagi laaa.

Nota
                Uols x payah nak drama Melayu sgt ok. Bertukar-tukar nota dengan boyapren gilipren sgt la ye. Nota nnt lecterur akan bagi hardcopy terus, x pon masuk pendrive bagi kat class rep je. Hat lagi senang download kat i-learn. Please guys, 2015 dah skrg , dunia dah lama di hujung jari ! Btw setakat ni x da la lecturer aku yang x bagi slide note. Korang aku tatau.

Buku
                Depend on lecturer. Ada pakai giancolli, serway n soooo on lagi. For me, 2-2 sem ni I prefer physics for scientist and engineer by Serway. Bab ni uols x payah kalut ok. Chill ja, nnt dalam kelas akan diberitahu. Dah sengkek sgt google ja, download pdf punya. Setel.

PHYSO
Ok secara automatiknya uols akan join persatuan yang bebudak fizik ja yang join. Nama persatuan ni PHYSO short form kepada Physics Society. Persatuan ni pon sebenarnya baru ditubuhkan di UiTM Arau ni pada tahun 2015. Macam2 jugak la aktiviti persatuan ni, so masa ni lah nak kenal2 senior. *senyum simpul*. Ok dah stop, x yah nak lelebih, nak tau join la eh ;P

Ermmmm apa lagi nak crita….. Idea dah kering. Ok sambung nanti la. Apa2 guys nak tanya or berminat dengan kos fizik ni boleh la pm fb Najihah Husin. Btw kalau komen kat sini tatau zaman bila aku akan reply *ghenyih,garu kepala* Insya allah aku akan bantu setakat yang aku tau. Hopefully uols berhemah la ye. Tq !

Xoxo dari diva. Muahhaha


20 April 2014

ujian kelayakan calon guru (UKCG)

Assalamualaikum

Alhamdulillah pada usia ini masih diberikan kesempatan untuk memohon untuk kemasukan ke ipg… 
hah umur 19 pon boleh mintak ek? Bukan untuk budak2 lepasan spm tahun semasa je ke? 
Macam tu lah reaksi  pertama jihah apabila housemet  ajak jihah untuk sama2 mintak ipg… 
masa tu kami tengah sibuk buat persedian nak final asasi tetiba cakap fasal ipg…apasal minah ni?? Haha... mcm tu la dlm fikiran ni… #jgnmarah ek housemetku leka r2308 sikit lain… masa tu baru jihah tahu yg permohonan ipg ni boleh sampai b4 umur 20 tahun so… tunggu apa lagi… x salah kita mencubakan? Tambahan pula semasa permohonan untuk lepasan spm 2012 tu jihah terlepas peluang untuk memohon disebabkan kecuaian sendiri jugak… so terus jihah memohon pada saat itu juga... hehehe…xsited kau jahhh… 
then jihah bersyukur juga jihah dipanggil untuk ujian at least ada juga peluang right?… ok… ujian kelayakan baru, xyah nak over2… namun begitu sedih jugalah untuk leka yg x dapat… mungkin ada rezeki dia ke arah lain kot…. Insya allah…

Ok…kali ni jihah akan berkongsi sedikit sebanyak pengalaman menghadiri ujian kelayakan calon guru (UKCG)… seperti biasa sebelum menghadiri sesuatu temuduga ataupun apa2 sahaja situasi yang belum pernah kita tempuhi, pastinya kita akan melakukan persediaan untuk menghadapi situasi tersebut… sama jugalah dengan jihah yang tercari-cari maklumat berkenaan ukcg ini, malangnya x byk info yg jihah jumpa…so tergerak hati ni nak bercerita  sedikit pengalaman yg ada kepada calon2 ukcg yg bakal menghadirinya nanti... btw tahniah sebab terpilih ye… and DO THE BEST… sebab persaingan zaman sekarang ni yg sgt3 byk  so kita mesti lakukan yg tebaik untuk terus survive!

Ermmmm…. panjang bebenor intronya so kepada sesiapa yg MALAS  NAK BACA, UOALLLSS BOLEH START DARI SINI…

Ujian yg jihah hadiri tu sesi pagi…  dan satu sesi 200 org… (yg ni untuk ipg Perlis je lah...yg lain I tatau ) dan ipg Perlis adalah satu-satunya tempat ujian ni diakan di zon utara… so yg duduk area2 perak pon maybe akan dpt kat situ.. yg ini jihah tahu pon masa sembang dgn sorg bdk perak ni…so I assume jelah…

Bagi pemakaian terus je sarung baju tshirt putih, sluar track dgn sport shoes bagi girls plak any tudung yg berwarna gelap… soo x payah nak pakai baju kurung…high heel 4 inci ke blazer ke neck tie bagai dgn kemeja lagi bagi boys… menyusah je nak tukar2 nanti… ini bukan temuduga yg formal2 tu ye… hehe…kalau uoallss lepas ujian ni insya allah baru la pakai yg formal2 tu... ok?

ok mula2 UJIAN BERTULIS SELAMA 45 MINIT dan soalan sebanyak 195 SOALAN…BAHAGIAN A 135 SOALAN DAN BAHAGIAN B 60 SOALAN… wah byk gila!!! …tapi jgn risau soalannya x da lah macam soalan calculus yg membunuh tu… dan  OBJEKTIF pulak tu... so x pyh nak risau sampai x tidur malam ye…janji bwk pensel 2b dgn pemadam cukup... otak skali! whahaha...

lepas ujian tu terus ada UJIAN KECERGASAN, so mmg uaollss  perlu ada energy…
 pesanan ikhlas dari jihah 
JGN LUPA BREAKFAST! And BAWAK AIR MINERAL SENDIRI… 
sebab masa jihah ujian tu diorg x sediakan pon…  tapi untuk uoallls I tatau la kalau ada, nasib baik la tu… kalau yg jenis x tahan lapar tu usung je lah cekelat ke sneakers ke  letak dlm beg… 
dan jgn mls2 nak buat sket preparation seperti jogging ke sit up ke…lompat2 ke sket kat rumah… dah nama pun ujian kecergasan so mmg kena cergas la…

ok ujian kecergasan ni ada BMI, lompat quadrant, kilas2 menda tah… 5 jenis sit up… dan ujian bleep… haaaa… I LOVE UJIAN BLEEP SO MUCH… nanti uoalllss buat uoalls tau la… HAH HA *kasi gelak jahat sket… tapi kalau uoalls  ni mmg athletic x kisah menda2 ujian kecergasaan ni sbb uoallss mmg ada stamina yg kuat…  untuk org yg mcm jihah ni.. haha paham2 je lah ye..  ok dah habis ujian ni uoallss tunggu apa lagi blah balik ja… hahahha… (lepas diorg halau laa) karang dah balik sampai rumah, ujian x sudah laagi… naya ja… ok.. it all about ukcg yg jihah boleh kongsi… lebih2 tu sama2 lah kita berdoa byk2 semoga kita dipermudahkan segala urusan … amin…

 dan doakan kejayaan jihah jugak ye.. cuak nak dpt result final!

“andai ini adalah rezeki untuk aku  maka kau permudahkanlah segala urusan ku”

p/s…yg ni adalah pengalaman jihah sendiri..mungkin akan ada perbezaan…  soo… buat yg terbaik je lah… 
x payah nak soalan bocor sgt lah! HAH HA….

kbai...


19 April 2014

best memoir with them!

kali ini jihah rasa terpanggil...haaisshhh...apa ni terpanggil?? ah whatever...
untuk berkongsi about somebody yg melengkapkan hidup jihah sepanjang 19 tahun...
OmOooo..... dah tuakah aku??

jeng3x... sapakah itu??
wahh jihah dah maju...dah ada bf ke? eh blah la... ramai lagi penting dari bf okay... 
so #mohonclash.... tambah dosa itu semua... jgn kamu mendekati zina ye!

ok dah2 tujuan kali ni nak memperkenalkan org2 yg byk bagi kenangan kat jihah...
acewah... peewiiett!!!

#namun begitu yg jihah x letak gambar bukan bermakna x igt, x pun jihah x suka uoalls 
tapi jihah x da gambar uoall...so mohon maaf bebanyak ye...

evolutionist0812

badri muslimat evo 0812


warga c12, c22 and so on... angsana hot to go...

4 noble

5 proactive

G8-asasi sains

 
darling2 kecoh...hot...habat...pedooh... 
isteri2 federic waller...


R2308 sikit lain... jgn lupa 1/09/2019

bersama jiran2... r2307

rumet R2308 C

netball team


  


evo@palam

ermmm... byk lagi gambar2 yg belum dimasukkan... gambar2 smkay... skps...
apapun tq guys..u're the best...thumbs up sket!

18 April 2014

Assalamualaikum…  

Alhamdulillah setelah sekian lama membiarkan laman conteng2 jihah ini…akhirnya diberikan juga kesempatan untuk kembali meneruskan contengan luahan hati, perasaan, pengalaman  x seberapa untuk dikongsikan bersama uoallss.… acewah.. bunga2 kau jah..Hah Ha… sebenarnya jihah sekarang tengah menggangur untuk beberapa bulan ni sementara nak sambung degree… wahahha… aku berjimba la 
uoalllss jgn jeles … sambil2 tu boleh la mengarut banyak2 kat blog ni… balas dendam  untuk masa2 yg jihah x dapat diluangkan nak potpet2  kat sini… yelah kononya sibuk sgt study… btw doakan jihah ek untuk dapat result, course  dan university yg terbaik untuk jihah nanti… J


Semperna dengan wajah baru blog ni  #xcelynakhabaqygtuja... whahahha…ok dah…  jihah juga berazam nak buat pembaharuan terhadap isi yg akan disampaikan nanti, mungkin lebih kepada perkongsian berbentuk ilmiah… insyaallah… yelah umur pon semakin meningkat so minda pon sepatutnya makin matang ye dok?... 

kbai! 

7 Mei 2013

masuk wad...

assalamualaikum..

haippp...merasa jugak aku masuk wad...
wahh3..ayat mcm syok sgt masuk wad...puiii....
hahaha hakikatnya mmg x best..
hopefully hari  ni dah boleh keluar...
arghh..x buleh nak type byk2...x buleh nak crita mcm2 lagi...~~~
drip kat tgn nieh..mmg agak menyakitkan...

at last..doakan kesihatan saya!

30 April 2013

km melaka

matrik melaka....
mak aii..awat la yg lempaq aku jauh2 ni...

apapun nak say congrat utk

ATIQAH NASIR
RAMIZAH
AMIRAH ZAINI
AFIFAH NAJEEHAH
ZALILAH
IZZATI HALIM
FATIN ATIQAH

yang dapat matrik perlis...

aku yg dok perlis dapat melaka...MUAHAHA..lawak2..
apapun kita tgu upu dulu lah...
doa2 lah dapat...u dgn kos yg terbaik utk aku..


kesan2.. 28/4/13

aslmualaikum...
setelah lama x update blog..
hari rasa terpanggil plak nak bercerita...
pengalaman 1st time TERAP + STUNT + TERPELANTING atas tat..
tat ni bahasa org utaralah....sapa2 yg x paham maksud dia jalan raya...itupun tatau..
apadaa..
ok..actually x bleh nak typing byk2..leguh dowhh..
type pakai hujung jari telunjuk ja maaa...
~~tu pun gegeh nak type~~

jam cermin pecah terus....siap ada bekas D_ _ _ _ lagi...baru ja tukaq bateri pagi tu..
then tengahari seperti waktu yg terpapar tu dah x bley guna..masa tulah kejadian...

 habeh la motor abah...cermin pecah + kemik langgar besi tepi jalan tu...
mujoq lah org yg nek motor tu x sondoi skali besi tu..
nauzubillah..kalo x rasanya dah x typing hari ni kot...

actually x da la teruk sngt..cuma..luka2, bengkak2...
post kat sini mcm teruk sgt ja...
teruk x teruk nek ambulans laa jugak...
1st time nek ambulans sebenarnya...pi hospital....then kena CUCUK!!
hahaha..buat terok bleh...lawak betoi...
kalau boleh x nak pegi..tapi dah ada pakcik mana tah dah call..tepaksa jugak..
bukan apa...taknak lah tambah patient kat dokter tu...apapun..
thanks doc,warga perawat n pakcik makcik yg concern sgt...

selalunya pembonceng yg akan teruk...tapi naseb baik lah
pembonceng tu..@ alang aku x teruk sgt..tapi dokter kata luka dalam...
yg aku bawak ni pulak...even luka x dalam tapi BYK!...
hohoho...sapa yg penah rasa kena cuci luka tu tau lah...
rasa nak SEPAK ja MA tu...
rasa ja lah tapi X buat pon...ya lah org tu tolong kita...mana sanggup..
demi kebaikan aku jugakkan...lagipun dah kerja dia...apapaun thanks kat MA tu...


gambaq2 luka x bley nak tunjuk la...
kang ada yg x lalu makan plak...

last x last sgt...nak habaq kat hampa...lesen aku dah SAH!! 
soo hampa cmna...bila lagi nak sah mcm aku. 3:) ~~~just joking~~~

at last DOAKAN aku cepat sembuh ya... 
diberikan KETABAHAN,KESABARAN nak menghadapi ujian dari-Nya...



23 Februari 2013

birthday mak @ tuuuukkk....

23 febuari...(huahuah..tgh typing ni dah 24 feb) halal ja lah..
  hari nie birthday mak kesayangan..
so hepi birthday mak...may allah bless
x da hadiah yang anak mak nie nak bagi untuk mak...
(kek secret recipe 2 slice jadilah..muah2..)(2 pon share dgn alang...okay la 2..)
almaklumlah anak mak yang sorang nie penggangur tegar kat rumah makabah nie...
tapi anak mak tahu bukan hadiah bebentuk wang ringgit yang mak nakkan...
semua ibu2..abah2..pastinya nakkan anak2 mereka hadiahkan kejayaan untuk mereka
(alamak dah macam kaunselor rumahtangga plak)...
insyaallah..anak mak nie x kan hampakan mak abah...
doakan anak mak nie ya...

next birthday celebration..cik muyat!!! 28 mac...

28 November 2012

i'm freeeeeee!!!

alhamdulillah
syukur kehadrat ilahi dengan limpah kurninya 
jihah dapat melalui satu sesi peperangan 
yang sgt hebat dan dasyat bagi hidup jihah dengan jayanya
 x lain x bukan spm 
kat sini jiha nak wish thanks sgt2 buat semua sahabat
yang sama-sama jatuh bangun kongsi suka duka dgn jihah
sepanjang perkenalan kita,terutamanya budak2

EVOLUTION 0812
SAINA!!!

thanks a lot utk semua memori kita k..
jihah juga memohon kemaafan diatas salah dan silap
serta sebarang kekurangan yang datang dari diri jihah sendiri yang kerdil ini
harapnya semua berlapang dada untuk memaafkan jiha

lastly,,,
semoga kita berjumpa lagi!!


geng2 angsana+cengal+jati+merbau f5 2012
yeahh!!!

  x lupa jugak buat

atiqah md nasir,ramizah arinah,afifah najeehah(che tom),amalina syamimi,nor zalilah n izzati(kak ti)

ALL IS WELL!!!!!!!!!!!!!!!!!!


27 Oktober 2012

spm timetable utk pure science!!!

post kali ini tujuannya hanya satu 
untuk post gambaq ni 

edit by: my frenz(evo)

yang spesial jiha dedicate kepada

warga evo0812

sebab event tu kat  dsa!!!
tapi untuk budak2 pure science yang len 
pon bleh gak nak tengok

25 Oktober 2012

konon gempak...n memang gempak

salam
kelainan title untuk kali ni..
actually nak share gambaq jiha waktu dinner tu
the best 4ver....


walaupun buat kat dewan sekolah a.k.a dsa
apa yg penting syukur
sgt sebab majlis x macam kat dsa n berjalan lancar

4 Oktober 2012

grande ur dinner evolution 0812

salam 
huh dah lama x menconteng wall blog niehh
ya la sekarng ni 
dah tentu2 spm candidates
mcam jiha nie..(Huhuhu)
tengah sibuk buat persediaan menghadapi
SPM 
yang bakal kunjung tiba
tapi di tengah kesibukan tu...terselit la satu event 
yang sememangnya di nanti2
oleh semua warga tingkatan lima 
yang akan menamatkan zaman persekolahan x lama lagi
 terutamanya warga evolution 0812
(my batch)
yang akan melangsungkan

grande ur dinner
evolution 0812

pada 
5 Oktober2012
genap sebulan lagi nak start SPM..

x sabar rasanya nak menanti hari tersebut...semoga majlis berjalan lancar...Aminn
(x boleh la type panjang2 banyak lagi subjek menanti!!)

24 Ogos 2012

buah tangan utk my pals

cuti raya nak habis!!!
ouchh..
esok dah kena ke asrama..
apa2 ja la...
so jiha pon buat sikit buah tangan utk 
my pals,my roomate...ecspecially utk
tiqah...nik...ramee2 and budak2 dorm terchenta
utk pals yg kat kelas x tentu lagi la...tgk rezeki hampa...


ishkkk...x tau la rasa mcm mana...
harap2 sedap la...

23 Ogos 2012

P.A.K.S.A

paksa
no!
something benda yang jiha sangat2 x suka
bila di paksa...
ya la kan..jiha rasa 
nobody dalam dunia ni..
yang suka di paksa..
even benda tu bukan kita tak nak buat..
kita boleh buat..tapi tolong la..biarkan diri ni buat dengan rela hati
lagi simple..takyah serabut2 dgn org lain...
so..kepada sapa2 yang suka paksa2 orang tuu
P.L.E.A.S.E!
stop it...
x boleh terima la...
mungkin orang cakap ego ka apa ka...
biarkan ja...
it's myself
so 
kepada mana2 pihak yang terasa tu...
i'm sorry sgt2
tapi ingatla..
kita hidup di dunia ni..bukan kita sorang ja...kita ada komuniti k...

21 Ogos 2012

somebody

somebody..
yang dah lama 
x jumpa x sembang
tetiba hari ni muncul...
nak kata rindu x la..
tapi teringatla kisah waktu spent masa sama2...
hopefully dapat jumpa nanti
x kira la waktu mana pon...
nak sangat tengok perubahan dia...
dari segi tutur kata dia yang dah bnyk berubah tu..
membuatkan hati ni lagi x sabar nak jumpa dengan orang tu..
moga2 nanti allh melapangkan waktu untuk jumpa dengan dia..
somebody..

19 Ogos 2012

hot topix syawal

tahun ni x banyak yang speselnya buat jiha
cuma
bertambah laa seorang ahli keluarga nak beraya bersama-sama
iaitu 
cik mulat jiha la...sapa lagi...
apapun sambil2 jalan2 raya tuhh..
dapat jugak duet raya walaupun masing2 dah beso panjang
dah adik beradik n cousin suma dah beso + tua
huh
bukan senang kan dah besaq2 org nak bagi duet raya...
even malu nak ambik tapi seronok jugak la...
teringat "nostalgia kecik2"
walaupun x da la tua sangat tapi 
disebabkan dah lama x dapat duet raya tuhh..
rasa macam nostalgia la kononnya...
 dah tradisi orang semua nak wish kan...
jiha pun nak ambik kesempatan niehh..
utk ucap